follow me

Friday 21 September 2012

♥ My Friend Forever ♥

Salam Ukhuwah.
Semoga kalian dalam iman dan takwa..





Abby sayang korang semua.. Korang buat Abby gembira. Indah sangat dunia ini bila dikelilingi sahabat sejati, yang sentiasa menyokong apa jua yang baik untuk diri kita. Yang sentiasa bersama dengan kita di waktu kita susah dan senang. Yang sentiasa ada bila kita perlukan.. And for ue all kawan2, Abby ucapkn terima kasih sangat2 sbb sudi jd kawan Abby.. Ingat tau kita kawan bukan untuk 3taon ni je tapi kita kawan sampai bila2.. Janji tau..


Terima kasih kawan2 sbb slalu menasihati Abby, memberi semangat dikala hati ini keresahan dan membuatkan Abby senyum walaupun tengah memikirkan masalah yang datang berlumba-lumba hadir menghimpit dunia Abby.



Kaka Mun, Kaka Seha, Kaka Yuni


                                                      Kaka Aini & Kaka Seha

Dalam persahabatan, keikhlasan itu amatlah penting. Kita berkawan bukannya untuk mendapatkan ganjaran daripada sesiapa. Tapi sanggup habiskan jiwa raga kita dalam persahabatan yang sejati. Baik buruk diri ini insyaAllah Abby harap korang dapat terima seadanya Abby.

Walaupun baru beberapa bulan kita tinggal satu rumah sewa yang sama tapi korang memang best sangat-sangat..

Tak dinafikan walaupun ada kalanya berlaku salah faham dan ada nya rajuk di hati tapi itu tak lama... Sekalipun ada marah yang terbit dalam diri Abby tapi itu tak lama dan itu tak buat Abby benci korang.. 

Memang susah mahu wujudkan persefahaman bila masing-masing ada cara masing-masing tapi itu bukan penghalang kan?

Jika Abby ada salah pada korang, Abby mintak maaf, mungkin dalam tidak sedar Abby ada sakitkan hati korang dan buat korang marah..
Abby tulis sini supaya senang Abby nak luahkan apa yang Abby rasa, Abby tak pandai nak kata secara terbuka face to face..
Nanti sepanjang ketiadaan Abby mesti Abby rindu kat korang semua.. ada ker korang yang akan rindu Abby bila Abby tak ada?
apa pun Abby akan kembali secepat mungkin...



Kami lepak ramai-ramai



Bila kami outing

P/S: aBBy sayang kakak-kakak & abang-abang aBBy kerana Allah ^ ^


Wednesday 19 September 2012

Penyakit Itu Penghapus Dosa-Dosa Kecil... InsyaAllah ♥

Assalamualaikum kwn2 smua..


First skali Abby nak ucapkan terima kasih bnyk2 pada yg bertanyakan khabar Abby. Sebenarnya dari minggu lepas lagi Abby xsihat dan xsempat nak buat entry autopublish. Mula-mula, demam 2, 3 hari pastu melarat pulak dengan sakit tekak sampai seminggu. Nak makan, minum, cakap pun seksa sebab luka dan bengkak dalam anak tekak. Ni pun still tak baik lagi. Kesian housemate Abby terpaksa melayan kerenah Abby ni..hi3..Thanks sgt2 kwn2 smua..



Kaka Seha & Kaka Mun



Ruby


Kaka Atun

Bila selalu sakit ni, kadang-kadang terdetik juga hati Abby ishh asyik sakit je. Terseksanya sakit, asyik makan ubat dan macam-macam lagi. Yelah Abby pun manusia biasa yang suka merungut itu dan ini tapi sekarang Abby cuba nak positifkan diri fikir yang ni semua dugaan dari Allah buat Abby yang selalu lupa akanNYA. Sebenarnya penyakit itu penghapus dosa-dosa kecil. Sepatutnya Abby bersyukur akan nikmat kesakitan dari Allah inilah yang akan menghapuskan dosa-dosa kecil Abby dan renung/muhasabah kembali akan kekhilafan diri sendiri. InsyaAllah dengan izin dan kehendak dariNYA.


Penceramah bebas, Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman, berkata sakit atau musibah yang terkena kepada seseorang adalah datangnya daripada Allah SWT. Tujuannya pelbagai dan mempunyai banyak hikmah untuk direnungi.
Sedangkan, Allah berfirman di dalam surah At-Tagaabun, ayat 11 yang bermaksud:
“Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu”.
Menurutnya, bagi seorang yang pendosa, musibah atau sakit yang ditanggungnya merupakan salah satu jalan untuk Allah menghapuskan setiap dosa hamba-Nya. Bahkan ia seharusnya dilihat sebagai satu terapi untuk menggugurkan kesalahan dan noda pada diri anak Adam.
Sebagai manusia biasa, sudah tentu kita tiada terlepas daripada melakukan kesalahan sama ada secara sengaja atau tidak. Sedangkan dosa itu sebenarnya menjauhkan diri kita dengan Allah. Jadi hikmah diturunkan kesakitan atau bala bencana itu adalah sebagai cara untuk Allah menghapuskan dosa kita berkenaan.
Katanya, ia bersesuaian dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Jadi, jangan pandang sakit itu sebagai penderaan dan jangan pula mudah berburuk sangka kepada Allah. Bahkan sebaiknya kesakitan atau musibah itu dipandang sebagai nikmat untuk Allah membersihkan diri kita daripada segala dosa dan noda.
P/s : Bersyukurlah dgn hadiah dari Allah utk kita :)





Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Bersedih

Hai kwn2.. Smoga slmt smuanya.. 




Dah brp lama agaknya sya tidak m'update blog ni, terasa gtal plk jari ni ingin bcerita.. Cantik kan gambar kawin mak sya? Actually entry kali ni adlh khas utk kwn sya yg dah brjaya mendirikan mahligai cinta beliau dgn insan tercinta. Sya ingin mngucapkan tahniah kpd classmate sya a.k.a "Mak agkt Sya" yg dah mlangsungkn prkahwinan baru-baru ini. Beliau adalah kwn pertama kami yg dah berkahwin. InsyaAllah slps ini akan ada lg kwn-kwn lain yg mngikut jejak mak. 


Perempuan solehah menginginkan lelaki yang soleh menjadi pendamping dia.
 Bak kata sya : 


♥ Saat ''AKU TERIMA NIKAHNYA'' adalah SAAT BAHAGIA wanita SOLEHAH. InsyaALLAH :'). Bukannya '' I LOVE U " yang DINANTI ^_^ "


♥ Jika asas perkahwinan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bercerai jika EKONOMI dalam rumah tangga merudum dan MUFLIS.

♥ Jika asas perkahwinan adalah kerana KEPUASAN NAFSU, maka pasangan akan selalu bertengkar jika suasana di bilik tidur tidak memuaskan.

♥ Jika asas perkahwinan kerana KECANTIKAN WAJAH dan tubuh badan, pasangan akan lari apabila rambut beruban, muka kerepot atau badan jadi
 gendut.

♥ Jika asas perkahwinan kerana ANAK, maka pasangan akan mencari alasan untuk pergi jika hati (anak) tidak hadir.

♥ Jika asas perkahwinan kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.

♥ Jika asas perkahwinan kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal yang lebih baik, tambahan pula manusia yang dicintai pasti mati atau pergi.

Namun,

♥ Jika asas perkahwinan kerana ibadah kepada Allah, sesungguhnya Allah itu kekal dan Maha Pemberi Hidup kepada makhluk-Nya. Allah mencintai hamba-Nya melebihi seorang ibu mencintai bayinya.


Mak jng lupakan Abby tau =)



Cantik kan mak sya.


Kami sekelas 




Jodoh itu rahsia Allah Ta'ala,maka serahkan kpdNya. Kerana ada yg saling memendam rasa dlm tempoh yg lama tp bpisah akhirnya & ada yg tak disangka2 seseorg itu menjadi pasangannya.

Ada yg lama bsama tetap berpisah jua & ada yg lama bpisah tapi bertemu smula.

P/s ~ Ketika engkau perlu MEMILIH , Pilihlah PILIHAN yang mendekatkan dirimu dengan ALLAH ..." (✿◠‿◠)