follow me

Friday, 21 September 2012

♥ My Friend Forever ♥

Salam Ukhuwah.
Semoga kalian dalam iman dan takwa..





Abby sayang korang semua.. Korang buat Abby gembira. Indah sangat dunia ini bila dikelilingi sahabat sejati, yang sentiasa menyokong apa jua yang baik untuk diri kita. Yang sentiasa bersama dengan kita di waktu kita susah dan senang. Yang sentiasa ada bila kita perlukan.. And for ue all kawan2, Abby ucapkn terima kasih sangat2 sbb sudi jd kawan Abby.. Ingat tau kita kawan bukan untuk 3taon ni je tapi kita kawan sampai bila2.. Janji tau..


Terima kasih kawan2 sbb slalu menasihati Abby, memberi semangat dikala hati ini keresahan dan membuatkan Abby senyum walaupun tengah memikirkan masalah yang datang berlumba-lumba hadir menghimpit dunia Abby.



Kaka Mun, Kaka Seha, Kaka Yuni


                                                      Kaka Aini & Kaka Seha

Dalam persahabatan, keikhlasan itu amatlah penting. Kita berkawan bukannya untuk mendapatkan ganjaran daripada sesiapa. Tapi sanggup habiskan jiwa raga kita dalam persahabatan yang sejati. Baik buruk diri ini insyaAllah Abby harap korang dapat terima seadanya Abby.

Walaupun baru beberapa bulan kita tinggal satu rumah sewa yang sama tapi korang memang best sangat-sangat..

Tak dinafikan walaupun ada kalanya berlaku salah faham dan ada nya rajuk di hati tapi itu tak lama... Sekalipun ada marah yang terbit dalam diri Abby tapi itu tak lama dan itu tak buat Abby benci korang.. 

Memang susah mahu wujudkan persefahaman bila masing-masing ada cara masing-masing tapi itu bukan penghalang kan?

Jika Abby ada salah pada korang, Abby mintak maaf, mungkin dalam tidak sedar Abby ada sakitkan hati korang dan buat korang marah..
Abby tulis sini supaya senang Abby nak luahkan apa yang Abby rasa, Abby tak pandai nak kata secara terbuka face to face..
Nanti sepanjang ketiadaan Abby mesti Abby rindu kat korang semua.. ada ker korang yang akan rindu Abby bila Abby tak ada?
apa pun Abby akan kembali secepat mungkin...



Kami lepak ramai-ramai



Bila kami outing

P/S: aBBy sayang kakak-kakak & abang-abang aBBy kerana Allah ^ ^


Wednesday, 19 September 2012

Penyakit Itu Penghapus Dosa-Dosa Kecil... InsyaAllah ♥

Assalamualaikum kwn2 smua..


First skali Abby nak ucapkan terima kasih bnyk2 pada yg bertanyakan khabar Abby. Sebenarnya dari minggu lepas lagi Abby xsihat dan xsempat nak buat entry autopublish. Mula-mula, demam 2, 3 hari pastu melarat pulak dengan sakit tekak sampai seminggu. Nak makan, minum, cakap pun seksa sebab luka dan bengkak dalam anak tekak. Ni pun still tak baik lagi. Kesian housemate Abby terpaksa melayan kerenah Abby ni..hi3..Thanks sgt2 kwn2 smua..



Kaka Seha & Kaka Mun



Ruby


Kaka Atun

Bila selalu sakit ni, kadang-kadang terdetik juga hati Abby ishh asyik sakit je. Terseksanya sakit, asyik makan ubat dan macam-macam lagi. Yelah Abby pun manusia biasa yang suka merungut itu dan ini tapi sekarang Abby cuba nak positifkan diri fikir yang ni semua dugaan dari Allah buat Abby yang selalu lupa akanNYA. Sebenarnya penyakit itu penghapus dosa-dosa kecil. Sepatutnya Abby bersyukur akan nikmat kesakitan dari Allah inilah yang akan menghapuskan dosa-dosa kecil Abby dan renung/muhasabah kembali akan kekhilafan diri sendiri. InsyaAllah dengan izin dan kehendak dariNYA.


Penceramah bebas, Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman, berkata sakit atau musibah yang terkena kepada seseorang adalah datangnya daripada Allah SWT. Tujuannya pelbagai dan mempunyai banyak hikmah untuk direnungi.
Sedangkan, Allah berfirman di dalam surah At-Tagaabun, ayat 11 yang bermaksud:
“Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu”.
Menurutnya, bagi seorang yang pendosa, musibah atau sakit yang ditanggungnya merupakan salah satu jalan untuk Allah menghapuskan setiap dosa hamba-Nya. Bahkan ia seharusnya dilihat sebagai satu terapi untuk menggugurkan kesalahan dan noda pada diri anak Adam.
Sebagai manusia biasa, sudah tentu kita tiada terlepas daripada melakukan kesalahan sama ada secara sengaja atau tidak. Sedangkan dosa itu sebenarnya menjauhkan diri kita dengan Allah. Jadi hikmah diturunkan kesakitan atau bala bencana itu adalah sebagai cara untuk Allah menghapuskan dosa kita berkenaan.
Katanya, ia bersesuaian dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Jadi, jangan pandang sakit itu sebagai penderaan dan jangan pula mudah berburuk sangka kepada Allah. Bahkan sebaiknya kesakitan atau musibah itu dipandang sebagai nikmat untuk Allah membersihkan diri kita daripada segala dosa dan noda.
P/s : Bersyukurlah dgn hadiah dari Allah utk kita :)





Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Bersedih

Hai kwn2.. Smoga slmt smuanya.. 




Dah brp lama agaknya sya tidak m'update blog ni, terasa gtal plk jari ni ingin bcerita.. Cantik kan gambar kawin mak sya? Actually entry kali ni adlh khas utk kwn sya yg dah brjaya mendirikan mahligai cinta beliau dgn insan tercinta. Sya ingin mngucapkan tahniah kpd classmate sya a.k.a "Mak agkt Sya" yg dah mlangsungkn prkahwinan baru-baru ini. Beliau adalah kwn pertama kami yg dah berkahwin. InsyaAllah slps ini akan ada lg kwn-kwn lain yg mngikut jejak mak. 


Perempuan solehah menginginkan lelaki yang soleh menjadi pendamping dia.
 Bak kata sya : 


♥ Saat ''AKU TERIMA NIKAHNYA'' adalah SAAT BAHAGIA wanita SOLEHAH. InsyaALLAH :'). Bukannya '' I LOVE U " yang DINANTI ^_^ "


♥ Jika asas perkahwinan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bercerai jika EKONOMI dalam rumah tangga merudum dan MUFLIS.

♥ Jika asas perkahwinan adalah kerana KEPUASAN NAFSU, maka pasangan akan selalu bertengkar jika suasana di bilik tidur tidak memuaskan.

♥ Jika asas perkahwinan kerana KECANTIKAN WAJAH dan tubuh badan, pasangan akan lari apabila rambut beruban, muka kerepot atau badan jadi
 gendut.

♥ Jika asas perkahwinan kerana ANAK, maka pasangan akan mencari alasan untuk pergi jika hati (anak) tidak hadir.

♥ Jika asas perkahwinan kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.

♥ Jika asas perkahwinan kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal yang lebih baik, tambahan pula manusia yang dicintai pasti mati atau pergi.

Namun,

♥ Jika asas perkahwinan kerana ibadah kepada Allah, sesungguhnya Allah itu kekal dan Maha Pemberi Hidup kepada makhluk-Nya. Allah mencintai hamba-Nya melebihi seorang ibu mencintai bayinya.


Mak jng lupakan Abby tau =)



Cantik kan mak sya.


Kami sekelas 




Jodoh itu rahsia Allah Ta'ala,maka serahkan kpdNya. Kerana ada yg saling memendam rasa dlm tempoh yg lama tp bpisah akhirnya & ada yg tak disangka2 seseorg itu menjadi pasangannya.

Ada yg lama bsama tetap berpisah jua & ada yg lama bpisah tapi bertemu smula.

P/s ~ Ketika engkau perlu MEMILIH , Pilihlah PILIHAN yang mendekatkan dirimu dengan ALLAH ..." (✿◠‿◠)

Thursday, 2 August 2012

Bersabarlah duhai hati. Jodoh itu rahsia Allah.


Hye semua, malam ni xtaw la kenapa mata xnak pejam.. Dah lama xupdate blog ni. hmmm maklumla busy dgn asingment yg banyak and aktiviti bagai. Saat ini saya ingin berkongsikan tentang siapapun kita, kita berhak dapatkan kebahagiaan kita sendiri. Entry ni khas untuk sahabat baik saya ~ Arbaatun Adawiyah, Rubiyaton Hamira and Juzailah.

Well, lelaki dan perempuan memang saling melengkapi antara satu sama lain. Sudah fitrah Allah lelaki itu pasangannya seorang perempuan. Kekurangan si lelaki dilengkapi dengan kelebihan si perempuan dan begitu juga seumpamanya. Cinta itu cukup indah bila di rasa di dalam hati, cukup tersentuh bila di sakiti dan cukup terasa bila dihargai.


"Cintailah kekasihmu sekadarnya, siapa tahu ia akan menjadi musuhmu suatu hari nanti. Dan bencilah musuhmu sekadarnya, siapa tahu ia akan menjadi kekasihmu suatu hari nanti".
-Sayidina Ali Bin Abi Talib

Yer memang kita rasa sakit sangat bila cinta yang diimpikan itu putus ditengah jalan. Bukan mudah untuk menerima sebuah kenyataan yang menyakitkan. Walaupun mulut kata benci tapi hati masih lagi rasa sayang, masih lagi mengharapkan agar si dia kembali semula. Ermm soal hati ni lain macam sikit.... susah nak huraikan. 

Setulus mana pun kita mencintai seseorang, seikhlas mana pun kita menyayangi seseorang, kalau dia bukan jodoh kita, macam mana pun kita buat kita tidak dapat bersama jugak kerana jodoh itu rahsia Allah. Orang yang hebat adalah orang yang mampu tersenyum disaat dia rasa kecewa. Cinta ni bukan setakat I Love U, U Love Me je tp lebih kepada tanggungjawab

PEREMPUAN KENA TAHU seorang lelaki yang benar-benar mencintai anda tidak akan membiarkan anda pergi, tidak kira bagaimana sukar keadaan sekalipun. 


Cinta ini boleh berlaku pada bila-bila masa tetapi memang betul hidup ini perlukan cinta & sebagai vitamin dalam hidup kita.... tapi cinta manusia bukan selalu indah... ada suka & kecewa... tapi manusia tetap mengejarnya... tapi cinta Allah ada mutlak.. xd sape dapat sangkal cinta Allah. Tak salah mencari cinta dan mendapatkan cinta tapi mestilah berlandaskan iman bukan nafsu.. okelah adios :)



Saturday, 21 July 2012

Sape kata cinta jarak jauh tak bahagia??




Hello semua.


Apa khabar? hehe. Agak-agak sape yang nak muntah hijau taik kambing tu p main jauh-jauh ye. Abby xkan btanggungjawab klau keyboard anda semua bermandikan muntah hijau tu. 
Biasalah klau dah namanya LONG-DISTANCE ni kan, memang jiwang karat 14 la yang menjadikan hati ini berbunga-bunga. Bukan snang cinta jarak jauh ni sbenarnya. Banyak dugaannya. Tapi alhamdulillah setakat ni dapat kami harungi dengan baik. Hah klau sekarang ni setakat dipisahkan oleh highway, hutan belukar xd kesah sangat lah.


Hehe long story to be short wlaupun lepas ni masih berjela... Biasala asam garam pahit manis orang bercinta ni kan, tersalah ayat, tersalah cakap mesti ada. hehe. so bila da selisih faham memang agak haru biru juga. Dah sorang dok utara, sorang dok selatan. Oke pendekkan lagi ceritanya (><)


Suatu hari Khamis yang indah tu, tiba-tiba dapat sms dari Bam2. Dia cakap nak jumpa. Hmm kteorang suka berangan. haha. Macam dok sbelah-sbelah je. kononnya nak jumpa tp angan-angan je lebih. Clas full hari tu, jadi Abby perasan sms pun da p4.30 ptg. Da nak abis clas. Kebetulan Abby nak ke kEdai ftostat ambik kertas-kertas ftostat pagi tu.. baru ada masa nk check sms, eh ada mesej, detik hatiku cemas. Ceh cemas. 


"Kita tunggu awak depan guard tau"
hah? dalam hati Abby biar betul budak ni. Abby patah balik, tercari-cari juga. Dari jauh Abby nampak seorang jejaka idaman ni duduk kat ruang menunggu guard. Omaigod!  (><) Dengan muka penat giler, muka xbermaya, dengan kertas ftostat yang banyak kat tangan, serta sebuah beg galas sambil tersenyum manis gitu. Puas Abby cubit-cubit tangan ni, eh mimpi ke ni. Bukan main banyak lagi soalan Abby tnya kt dia,da macam peluru da bertubi2 tnya tnda tidak berpuas hati.









Satu je dia jawab,

"Awak tak nak datang jumpa kita ,kita datangla jumpa awak"

Perghhhh. Tak terjawab soalan Abby ni yang da macam peluru. Bam2 memang tak sempat jawab semua soalan Abby tu, dia hanya senyum je. Lepas tu Abby pegi hantar kertas-kertas ftostat dekat si Farhan ni. Balik tu pegi lagi dekat Bam2.. Kesian dia tunggu lama.




Eh da ghaib?? hmm Abby da mula rasa was-was. Mungkin Abby berangan je tadi. Almaklumla penat sangat ditambah pula rindukan Bam2. Gila. 



Tiba-tiba jumpa Arinn, dia kawan Abby masa MHS hari tu. Abby bgtau dia, Abby rase Abby mimpi je kot tadi Arinn, Abby jumpa Bam2. Arinn tanya, nak tahu mimpi ke tak kan, kau ada cakap apa-apa tak tadi ngn dia. Cakap. Dia cakap satu ayat. Ko ni, betullah tu wehh sambil si Arinn ni ketuk kepala Abby. Gila jap ke aku ni sambil berfikir. Sekali check balik, rupa-rupanya Bam2 pegi toilet. Cehh, baru nak suspen-suspen sikit kan.  haha. haishh tak sempat jadi drama. 


Sampai dekat kereta puas Abby tanya.

Rupa-rupanya Bam2 datang sini dengan kereta. Drive sorang-sorang dari Perak. Sampai tengah hari dia tunggu Abby mcmtu je. Omaigod. Kesian sangat. Paling terharu Bam2 sanggup jalan kaki and tanya orang kat mana Abby punya kolej. Abby tertanya-tanya mana dia nak duduk, nak mandi nanti. Bam2 cakap, takpe dia lelaki.. Masjid kan ada. Nak solat nanti ni, mandilah sekali. Lega hati Abby bila dia cakap mcmtu.




Malam tu nasib baik takde asingment yang kena buat. So kami lepak je sambil borak dekat mcd. haha biasala klau jumpa mesti nak makan je. Lagi-lagi makan bigmac. omai. sedaaaapnya! padanlah Bam2 cakap Abby makin tembam. Malam tu Bam2 tido hotel, rupanya dia dah plan nak tido hotel. Buat kite risau je dia nak tido mana. Kite sedap-sedap tido atas katil, ada aircond lagi. Tapi dia tido kat taman, siap kena baham dekat nyamuk. hehe.. salah anggapan lagi. 






Esok tu, Bam2 datang ambik. Kami pegi lunch. Bahagia je rasa, lunch ada orang ambik. Patutla best ada driver.  haha. silap-silap. best sebab ada peneman. After lunch, Bam2 balik Perak. Sedih.hmmm.. Awak sukakan buat suprise macam ni. Kita ni je tak mampu buat suprise pelik-pelik mcm awak buat. hehe.


Apa-apa pun, just nak awak tahu kite happy sangat-sangat. Biarlah orang nak cakap kenapa kita boleh bertahan dengan jarak jauh ni.. Kenapa orang persoalkan itu dan ini sebab yang penting kite tahu hati awak. awak tahu hati kite. Kite yakin awak melengkapi hidup kite. insyaAllah. Terima kasih sebab awak selalu ada untuk kite. Thank you Allah for giving me the chance to know him. 

Buat apa cari yang lain klau ini yang terbaik untukmu!

Yela, first time jumpa dah suka kat awak kn Bam2. Dan awak tersenyum plak tu. haha. tandanya awak dah tahu ke erk? haih curious ni. Cinta pandang pertama ni..






Salam Ramadhan

Hai semua..Hari ni first Ramadhan kan.. Alhamdulillah akhirnya sampai jugak bulan yang mulia ni kan. Tak terasa begitu cepat masa berlalu. Pejam celik pejam celik da masuk bulan Ramadhan. Hope korang semua puasa tau.. Jangan malas2.. Semoga Ramadhan kali ni membawa sejuta rahmat kepada anda semua. 
Saya dengan rendah hati ingin memohon sejuta kemaafan dari kalian semua atas semua salah silap saya yang disengajakan atau tidak. Maafkan saya ye awak-awak semua..

Thursday, 1 March 2012

Wednesday, 22 February 2012

entry kosong

heloo.... saya bloger baru.... selamat berkenalan semua...........
saya abby.. muda lagi... (sebenarnye dah tua... hahaha )