follow me

Saturday 21 July 2012

Sape kata cinta jarak jauh tak bahagia??




Hello semua.


Apa khabar? hehe. Agak-agak sape yang nak muntah hijau taik kambing tu p main jauh-jauh ye. Abby xkan btanggungjawab klau keyboard anda semua bermandikan muntah hijau tu. 
Biasalah klau dah namanya LONG-DISTANCE ni kan, memang jiwang karat 14 la yang menjadikan hati ini berbunga-bunga. Bukan snang cinta jarak jauh ni sbenarnya. Banyak dugaannya. Tapi alhamdulillah setakat ni dapat kami harungi dengan baik. Hah klau sekarang ni setakat dipisahkan oleh highway, hutan belukar xd kesah sangat lah.


Hehe long story to be short wlaupun lepas ni masih berjela... Biasala asam garam pahit manis orang bercinta ni kan, tersalah ayat, tersalah cakap mesti ada. hehe. so bila da selisih faham memang agak haru biru juga. Dah sorang dok utara, sorang dok selatan. Oke pendekkan lagi ceritanya (><)


Suatu hari Khamis yang indah tu, tiba-tiba dapat sms dari Bam2. Dia cakap nak jumpa. Hmm kteorang suka berangan. haha. Macam dok sbelah-sbelah je. kononnya nak jumpa tp angan-angan je lebih. Clas full hari tu, jadi Abby perasan sms pun da p4.30 ptg. Da nak abis clas. Kebetulan Abby nak ke kEdai ftostat ambik kertas-kertas ftostat pagi tu.. baru ada masa nk check sms, eh ada mesej, detik hatiku cemas. Ceh cemas. 


"Kita tunggu awak depan guard tau"
hah? dalam hati Abby biar betul budak ni. Abby patah balik, tercari-cari juga. Dari jauh Abby nampak seorang jejaka idaman ni duduk kat ruang menunggu guard. Omaigod!  (><) Dengan muka penat giler, muka xbermaya, dengan kertas ftostat yang banyak kat tangan, serta sebuah beg galas sambil tersenyum manis gitu. Puas Abby cubit-cubit tangan ni, eh mimpi ke ni. Bukan main banyak lagi soalan Abby tnya kt dia,da macam peluru da bertubi2 tnya tnda tidak berpuas hati.









Satu je dia jawab,

"Awak tak nak datang jumpa kita ,kita datangla jumpa awak"

Perghhhh. Tak terjawab soalan Abby ni yang da macam peluru. Bam2 memang tak sempat jawab semua soalan Abby tu, dia hanya senyum je. Lepas tu Abby pegi hantar kertas-kertas ftostat dekat si Farhan ni. Balik tu pegi lagi dekat Bam2.. Kesian dia tunggu lama.




Eh da ghaib?? hmm Abby da mula rasa was-was. Mungkin Abby berangan je tadi. Almaklumla penat sangat ditambah pula rindukan Bam2. Gila. 



Tiba-tiba jumpa Arinn, dia kawan Abby masa MHS hari tu. Abby bgtau dia, Abby rase Abby mimpi je kot tadi Arinn, Abby jumpa Bam2. Arinn tanya, nak tahu mimpi ke tak kan, kau ada cakap apa-apa tak tadi ngn dia. Cakap. Dia cakap satu ayat. Ko ni, betullah tu wehh sambil si Arinn ni ketuk kepala Abby. Gila jap ke aku ni sambil berfikir. Sekali check balik, rupa-rupanya Bam2 pegi toilet. Cehh, baru nak suspen-suspen sikit kan.  haha. haishh tak sempat jadi drama. 


Sampai dekat kereta puas Abby tanya.

Rupa-rupanya Bam2 datang sini dengan kereta. Drive sorang-sorang dari Perak. Sampai tengah hari dia tunggu Abby mcmtu je. Omaigod. Kesian sangat. Paling terharu Bam2 sanggup jalan kaki and tanya orang kat mana Abby punya kolej. Abby tertanya-tanya mana dia nak duduk, nak mandi nanti. Bam2 cakap, takpe dia lelaki.. Masjid kan ada. Nak solat nanti ni, mandilah sekali. Lega hati Abby bila dia cakap mcmtu.




Malam tu nasib baik takde asingment yang kena buat. So kami lepak je sambil borak dekat mcd. haha biasala klau jumpa mesti nak makan je. Lagi-lagi makan bigmac. omai. sedaaaapnya! padanlah Bam2 cakap Abby makin tembam. Malam tu Bam2 tido hotel, rupanya dia dah plan nak tido hotel. Buat kite risau je dia nak tido mana. Kite sedap-sedap tido atas katil, ada aircond lagi. Tapi dia tido kat taman, siap kena baham dekat nyamuk. hehe.. salah anggapan lagi. 






Esok tu, Bam2 datang ambik. Kami pegi lunch. Bahagia je rasa, lunch ada orang ambik. Patutla best ada driver.  haha. silap-silap. best sebab ada peneman. After lunch, Bam2 balik Perak. Sedih.hmmm.. Awak sukakan buat suprise macam ni. Kita ni je tak mampu buat suprise pelik-pelik mcm awak buat. hehe.


Apa-apa pun, just nak awak tahu kite happy sangat-sangat. Biarlah orang nak cakap kenapa kita boleh bertahan dengan jarak jauh ni.. Kenapa orang persoalkan itu dan ini sebab yang penting kite tahu hati awak. awak tahu hati kite. Kite yakin awak melengkapi hidup kite. insyaAllah. Terima kasih sebab awak selalu ada untuk kite. Thank you Allah for giving me the chance to know him. 

Buat apa cari yang lain klau ini yang terbaik untukmu!

Yela, first time jumpa dah suka kat awak kn Bam2. Dan awak tersenyum plak tu. haha. tandanya awak dah tahu ke erk? haih curious ni. Cinta pandang pertama ni..






6 comments:

  1. pjgnyo baco tajuk jah hahaha

    ReplyDelete
  2. hamboi adik busuk ni... lalalala

    ReplyDelete
  3. sweet awk..sy pn long distance jugak..hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. awk pun sweet jgtla klau cmtu.. hehe.. smoga hbgn awk ngn si dia berkekln..

      Delete

~ Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
~ Kalau suka tekan LIKE.
~ InsyaAllah komen anda akan dilayan:)

Terima kasih tau sebab sudi lepak sini, nanti datang lagi ye..
Sayang korang semua.